Wednesday, January 28, 2009
GERHANA SEPARA
Mcm biasa, semasa tgh drive dari Sentul ke rumah aku kat Desa Pandan beberapa hari yg lalu, tangan aku ligat menekan2 radio dlm keta…Kadang kadang aku up kan bass, aku usik treble, balance, kekadang aku tukar channel atau aku pulas volume sampai nam belas. Kekadang aku main pula cross over..saja nak bagi sound balance kiri kanan depan belakang, nak sedapkan bunyi ikut lagu apa yg tengah dimainkan. Tetiba…jeng…jeng…jeng, aku terdengar satu suara dari siaran radio tu…suara tu datang dari Stesen Sinar FM, DJ Abby Fana tu kata petang nanti akan ada sesuatu yg menarik untuk kita semua saksikan…akan ada fenomena yg jarang2 kali berlaku iaitu fenomena Gerhana Matahari Separa…Heran jugak aku kenapa aku tak tahu pasal perkara tu. Setelah pikir punya pikir baru aku tahu, aku bangkit dekat2 pukul 12.00 thg hari tu dan tak baca any paper atau tgk berita mlm sebelumnya..Mana la nak tahu kalaupun ada berita sensasi hari tu.
Seingat aku, last time yg aku tengok gerhana yg mmg berlaku kat Malaysia ni ialah pada 1996 dekat hujung2 tahun. Masa tu aku tengah ada jamuan kelas akhir tahun semasa Form 5. Ingat lagi, selepas makan tu, dlm pukul 12.30 tgh lebih kurang, aku dah tercegat depan TV kat rumah menyaksikan siaran langsung fenomena Gerhana Matahari Penuh yg dapat disaksikan dekat satu tempat di Sabah. Masa tu RTM siap buat ‘live telecast’ lagi. Takjub sungguh aku masa tu melihatkan suasana tengah hari bertukar menjadi gelap gelita mcm malam hari kat Sabah tu. Ada la dlm 15 minit jugak sebelum suasana jadi cerah balik. Memang takjub. Mcm2 bermain kat kepala aku waktu tu. Agak2 nyer apa jadi pada org2 zaman dulu kalau melihat kpd fenomena mcm ni? Mesti ada yg akan sembah mana 2 ahli sihir yg mengaku menutup matahari sekejap waktu tu. Apa jadi pada burung2 atau ayam2 atau kucing2 atau binatang2 lain yg duduk kat situ, tak blur ke mereka dan keluarga mereka tgk tetiba hari siang bertukar malam.Kalau kat Europe lain la kot, binatang kat situ dah biasa dgn hari siang yg pendek atau sebaliknya.
So selepas mendengar berita itu dan setelah aku mengesahkan perkara terbabit dengan beberapa org kengkawan yg aku rasa boleh diharap, aku mmg decide nak tengok gerhana matahari tu. Aku juga plan nak amik gambar gerhana tu mengunakan kamera yang aku baru beli. So, selepas membatalkan hasrat untuk ke ANGKASA (bukan angkasa lepas kay, ini pejabat kementerian sains dekat pusat sains negara tu) sbb terpaksa menghantar emak dan kakak aku shopping kat Jalan TAR, aku cepat2 mengambil tempat dan bersedia dgn kamera Nikon D200 baru aku. Niat hati mmg nak amik gambar tapi tak tau la dapat ke tidak. Walaupun kalau kita refer kat mana2 manual kamera DSLR, dia mmg melarang kita mengacukan kamera directly ke arah sinaran matahari, tapi aku mmg tak der choice. Kalau nak amik gambar, mmg macam tu la kena buat. So aku buat juga la. Dalam hati ada gak harap jangan la kamera aku ni rosak plak. Aku sempat jugak amik beberapa belas keping gambar sambil memejam mata sbb silau sgt. Setting kamera tu plak terpaksa dibuat sebegitu rupa supaya gambar tu jadi gelap. Aku pulas shutter speed kpd 1/8000 sesaat, aperture aku letak max 22 (ni paling kecik la ni lens aku boleh buat), ISO letak paling low pada 100 dan aku terpaksa compensate exposure kpd -5.00. Hasilnya, dapat la tgk gambar matahari dan kesan gerhana walaupun berpinar jugak la mata aku nak amik semua gambar tu.
Anyway, gambar tu tak la penting sangat.Yg penting ialah pengajaran yg kita patut lihat di sebalik peristiwa gerhana ini. Ia menunjukkan betapa lemahnya kita berbanding dengan kuasa Allah SWT. Mcmmana kalau Allah SWT memutuskan untuk menjadikan gerhana itu kekal semacam itu. Adakah kita akan mampu untuk mengubah ketentuan itu? Di sebalik kekuatan dan kemajuan kita, kita sebenarnya mmg lemah dan bergantung harap kpd belas ihsan alam yg berada di bawah kekuasaan Allah, Tuhan Yg Maha Esa. Mcm mana dengan kelemahan sebegitu rupa kita masih lagi memilih untuk bersikap sombong dan tidak bersyukur dgn apa yg kita dpt.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment