Thursday, January 29, 2009

Daud dan Rumah Sebiji

Balik kali ni aku plan nak pegi jupe Daud, kontraktor yg buat rumah aku. Sebelum call dia, aku call Pa dulu. Pa ni adalah mandor yg bertangungjwb utk memastikan projek tu selesai. Dari perbualan, tahu la aku rupa2nya Daud dan Pa sudah tak sebulu.

"Byk masalah...tawar ati doh ambo"

"Kalu buleh, ambo tok sir doh terlibat, ambo mintok maaf"

Panas jugak telinga aku dengar statement tu...aku yg melabur ratusan ribu ringgit, tetiba kerana 2 org putera raja ni bergaduh, abis rumah yg aku beli tu tak siap2 lagi...

Syukur la, nasib baik la dah 97% siap...kalau tidak menangis tak berlagu la jawabnya. Mujur jugak aku dah modified S&P dulu, tidak membenarkan mereka buat drawdown utk stage 85%. Kalau tidak, duit habis rumah tak siap2 jugak...

Al kisahnya rumah tu tak la payah sangat nak siap...cuma silap aku tak terperasan ada satu barisan ayat yg memberikan kebebasan kpd pemaju rumah utk amik masa 3 tahun max utk siapkan sebiji rumah...So, dalam 3 tahun itu macam2 pulak bala yg berlaku. Bisness Daud terpecah 2 sbb ada masalah dalaman, dia kahwin sorang lagi, harga besi melambung naik, isu status tanah, pekerja lari, rumah kena pecah sbb ada org mencuri dekat tapak pembinaan etc etc. So dari sebuah syarikat yg berkemampuan menyiapkan 19 projek sebelum ini, syarikat dia telah bertukar menjadi sebuah syarikat yg tidak ada modal. Ibarat nyawa2 ikan. Secara kebetulan pulak, rumah aku adalah rumah yg terakhir dibina oleh syarikat itu dizaman kegemilangannya.

Menurut Pa, bisness Daud mmg sangat kritikal. Dia terpaksa berhutang dan menjual keretanya demi menjamin kelangsungan projeknya. Dia menjadi customer kpd Along, terpaksa berhutang dengan semua orang yg dikenalinya hanya untuk menjelaskan hutang-piutangnya yg lain. Sampaikan, diberitakan Daud mmg beberapa kali jatuh sakit, sakit yg teruk kerana bebanan hutang dan kerugian dlm perniagaannya. Pa beberapa kali mendakwa bayaran kerja yg dilakukannya masih tidak dilunaskan kerana dek kerana kesempitan itu.

Kecian mmg la kecian. Tapi aku tidak sepatutnya menjadi mangsa keadaan. Daud ni mmg peramah orangnya. Cakap mmg lembut dan dulunya mmg rendah diri. Usianya yg menjangkau hampir 70 tahun mmg menjadikan aku byk kali terpaksa mengawal kemarahan aku ketika berurusan dgn nya. Bimbang jugak aku, nanti rebah pulak Daud jika aku mengasaknya secara berterusan. Kalau hendak dikutkan, mmg la aku marah. Sbb kelambatan itu, aku mmg rugi byk masa dan wang. Kerana masalah Daud dengan pekerjanya, kualiti binaan rumah aku menjadi mangsa. Di samping itu, kerana lambatnya kerja yg dilakukan, aku menjadi cukup hangin melihatkan setiap janji yg di berikan bagaikan tiada langsung nilainya.

Hari ini, aku sempat bercakap dgn Daud. Seperti biasa, dia semacam memberikan segala janji yg boleh ditawarkan kepada aku. Hari ini, dia berjanji utk datang dan berbincang dengan aku pagi Sabtu nanti. Dia berjanji dgn sepenuh hati, rumah itu akan di siapkan sebelum 1 hb Mac nanti. Aku mmg tiada pilihan. Jika Daud tidak memenuhi janjinya pada kali ini, aku mungkin tidak akan dapat berdiplomasi lagi.
Aku terpaksa masuk ke plan B. Plan yg akan menambahkan masalah kepada hidup Daud.

Heran sungguh, org yg baik boleh bertukar menjadi org yg suka berbelit2 hanya kerana duit...Mungkin kali ini Daud betul2 berniat utk memenuhi janjinya...Dengan segala masalah yg dihadapinya, dia berhak mendapat peluang ke-10nya kali ni. Ihsan dari aku.

Hmmm...apala hikmah nyer klu aku bersabar dgn org tua ini...

No comments: