Hmm..pening jugak aku cuba menyelesaikan masalah ini pada mulanya. Entah macamana, komputer aku terjangkit virus Rontokbro. Mula mula tu aku tak kisah sangat, sebab AV aku mmg x up to date pun. Ingatkan nanti aku update AV tu, aku scan komputer aku pastu semuanya settle la. Dengan keadaan sekarang ini yang mana cd pirate sukar nak didapati, aku tercari-cari jugak mana-mana AV utk aku muat-turun. Pastu habis member member aku kat ofis aku tanya. Manalah tau ada sesapa yang terbeli AV utk aku pinjam.
Selepas tanya beberapa org yg otai pasal komputer, aku akhirnya dapat satu salinan enjin Mc Afee yang mana aku boleh download updates dia kat websites. Enjin ni kira original la dan memberikan aku akses kpd sdat terbaru. Aku bukan apa, laptop aku tu dah kira macam nazak sangat. Selagi masalah ni tak clear, aku tak boleh nak buat keje kat laptop tu. Penangan Rontokbro memang menyakitkan hati. Dari maklumat yang aku dapati dari laman web Mc Afee, virus ni adalah versi yang sedikit latest dari brontok, dibangunkan oleh seorang seorang pacar dari negara jiran kita. Selain melembabkan komputer, virus ini menghalang semua setting penggubahan registry dan menggangu semua proses muat-turun aplikasi. Pastu dia membiak punyalah cepat. Perlahan-lahan, laptop tu akan tunduk kpd arahan dia dan bukan kepada arahan tuan dia lagi. Mana aci, aku yang beli laptop ni mahal-mahal pastu dia plak yang nak take over!! Err, teremosional plak...hehehe
Sambung citer pasal AV tadi. Aku bawak balik dan install kat laptop aku. Siap scan dalam save mode lagi. Pastu, hati aku ni rasa bagai ditoreh-toreh jer bila melihatkan AV aku tu gagal menyetelkan masalah ni. Usahkan nak clean, nak delete dan kuarantin pon tak boleh.
Geramnya hati aku rasa macam nak jual jer laptop tu. Mengenangkan byk info dalam laptop aku ni menyebabkan aku tak boleh simply format jer. Lagipun, kalau aku save mana-mana fail yang aku rasa berharga, dikhuatiri virus ni masuk join sekali. Format la enam ratus empat puluh juta kali pun dia tetap ada balik. Tak gitu?
Last sekali, aku join chat room dan disscuss masalah ni dgn mamat2 yang very dedicated kat room tu. Heren jugak aku, mereka ni suka sangat berforum memalam buta macam tak payah tidor. Ternyata, ramai jugak yang mendakwa terkena virus ini. Ada yang lagi teruk pun ada. Banyak la cadangan dan kaedah yang aku terima dari mereka ni. Banyak jugak dakwaan dan saranan yang aku follow tapi tak jadi pun....Biasalah kalau kat internet ni..tak sumernya benar.
Tapi, usahakan tangga kejayaan. Ada sorang mamat ni kata Avast 4.7 pro boleh clear virus tu. Aku pon apa lagi, download la menda tu kat websites dia. Install kat laptop aku. Kasi scan dua tiga kali jugak la. Sajer nak make sure. Akhirnya, Alhamdulillah, benar bagai dikata, AV tu dapat mendelete dan mengkuarantinkan virus dalam laptop aku. Kira aku dah boleh guna dia mcm biasa la. Tak ada lagi masalah macam sebelum ni.
So, kepada sesiapa yang menghadapi masalah dengan virus ni, bolehlah skip proses pencarian dan usaha anda sbb AV ni memang dapat menyetelkan virus ini. Kat websites dia, kita boleh download AV tu utk trial selama 60 Hari. Hasil dari pengalaman aku, Ia bukan AV yang terbaik yang kita boleh cari tetapi ia mampu menghapuskan virus Rontokbro dalam laptop aku. Kira ok la tu.
Huh, selesai satu masalah.
No comments:
Post a Comment