Tepat jam 2.15 petang pada hari Jumaat yg lalu, bertarikh 15 Jun 2007, telah pulang seorang lagi ahli keluarga aku ke pangkuan penciptanya. Nenek aku, bernama Meriam Bt. Abd Hanan akhirnya tewas dalam pertarungan hidupnya setelah hampir 4 tahun terlantar uzur. Org pertama dalam keluarga aku yang telah meninggal dunia ialah Allahyarham ayah aku, Ismail Bin Che Mat yg kembali ke Rahmatullah juga pada hari Jumaat 14 Julai 1995 ketika aku masih dalam tingkatan empat. Ia adalah satu berita yang amat menyedihkan. Mungkin tidak semua orang mempunyai hubungan yg akrab dgn nenek mereka seperti dalam lingkaran keluarga aku. Dan dalam kedua2 kes ini, aku tidak dapat berada di samping orang tersayang saat mereka meninggalkan dunia ini. Patutlah semasa aku sedang mengerjakan solat Jumaat di Masjid Wilayah pada tghhari tu aku terasa begitu sebak sekali. Aku menyangkakan mungkin kerana bacaan dari imam itu begitu menyentuh hati aku. Entah mengapa, dalam solat itu, aku terasa begitu sedih dan hina, sedangkan sebelum itu aku sedang sibuk bersembang dengan rakan-rakan sepejabat. Mungkin itu juga merupakan petunjuk Allah kepada aku agar aku sedar akan apa yang akan berlaku, atau mungkin juga atas rahmat Allah, kualiti solat yang aku kerjakan itu lebih baik dari yang selalu aku kerjakan.
Mengimbas kembali kenangan dgn nenek aku menjadikan perjalanan pulang aku dari Kuala Lumpur terasakan begitu jauh sekali. Aku begitu terganggu memikirkan bahawa aku tidak mungkin lagi dapat menemuinya sehingga dunia ini berakhir. Tanpa rahmat Allah ke atas hambanya, tidak mungkin aku dapat bersua kembali dengan nenek aku yang kini telah tiada. Tidak akan bertemu kembali walaupun sehingga dihimpunkan di padang Mashyar kelak. Terdetik rasa kesal menjalar dalam diri kerana aku begitu sibuk dengan urusan kerja dan melepaskan peluang untuk mengisi saat-saat terakhir hidup seorang nenek tua yg begitu mengharapkan kehadiran anak cucunya. Sebahagian dari diri aku bersyukur, nenek aku tidak perlu lagi menangggung kesakitan terbaring keseorangan tatkala anak-anaknya tiada di sisi. Syukur juga kerana penderitaannya kini telah berakhir. Syukur yang teramat kerana dia telah meninggalkan kami pada satu hari yang mulia, hari Jumaat dalam keadaan yang bersih dan tenang. Walaupun begitu, sebahagian lagi dari diri aku seakan tidak bersedia menerima kehilangannya yang dirasakan begitu cepat dan tiba-tiba. Dia pergi meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis yang terlakar dalam coretan hidupnya yang penuh ujian dan dugaan, tatkala hajatnya utk melihat semua anak cucunya bersama menemaninya seakan akan tidak tercapai.
Sehari sebelum itu, secara tiba tiba ketika sedang melipat pakaian, aku terpandang sehelai cadar pemberian arwah nenek kepada aku. Cadar itu adalah cadar biasa sahaja, berwarna merah muda dan dihiasi dengan corak bunga-bungaan pelbagai jenis.Warnanya begitu feminin utk aku seorang lelaki Cadar itu dihadiahkan oleh nenek aku dan diserahkan kepada aku pada pagi aku bertolak ke SERATAS, Taiping untuk meneruskan program Matrikulasi. Tarikhnya masih segar dalam ingatan aku, 6 Jun 1997 hari Sabtu. Ia seakan-akan baru semalam berlaku. Pesanannya begitu bersungguh2 kepada aku supaya rajin belajar demi membantu ibuku yg ketiadaan suami masih terngiang-ngiang di telinga. Walaupun aku seorang lelaki yang tidak mungkin akan meminati cadar merah bercorak bunga-bungaan jingga seperti itu, aku tetap mengunakan cadar tersebut dengan bangga sehingga sekarang. Mungkin kerana nenek aku seorang tua yang tidak bersekolah tinggi, dia tidak mengetahui sebenarnya cadar bercorak demikian memang tidak dibenarkan utk digunakan di sekolah berasrama penuh. Namun, kerana pemberiannya yang sebegitu ikhlas, aku menganggap cadar itu sebagai satu hadiah yang begitu bermakna sekali.
Nenek aku seorang wanita yang cekal. Dia menyara hidup selama 20 tahun selepas kematian datuk aku dengan berniaga ke hulu dan ke hilir demi mencari sesuap nasi. Dia tidak pernah kedekut wang dan tenaga ketika diminta. Setiap kali anak-anaknya bakal menerima kelahiran anak, beliaulah antara insan yang paling gembira dan sibuk membantu. Menurut ibu aku, beliau akan membantu anak dan menantunya dengan bersungguh-sungguh. Cukuplah dengan upah sekadar dapat melihat wajah cucu tersayang. Tanpa rasa geli, dia menguruskan semuanya tanpa disuruh. Pernah, dia membantu makcik aku (menantunya) yang hampir mengalami keguguran dengan mengelap darah dengan bajunya sendiri. Dari semenjak kecil, disaat aku mengenali kehidupan di dunia ini, aku tahu nenek aku seorang yang tidak boleh mendengar dengan baik. Deria pendengarannya telah rosak ketika dia masih lagi seorang remaja. Namun begitu, dia cukup pandai membaca gerakan mulut ketika berbicara menjadikan dia seolah-olah boleh mendengar bagi orang yang baru mengenalinya. Aku sendiri pun pernah menganggap beliau berpura2 tidak mendengar kerana kemahirannya itu sehinggalah aku cukup dewasa untuk menilainya.
Selain itu, nenek aku juga seorang yang garang mempertahankan orang yang disayanginya. Pernah dia menghalau ayah aku beberapa kali ketika dia menghantar pinangan untuk menyunting ibu aku. Kenapa ayah aku dihalau tidak pula aku tahu. Pernah juga aku menanya ibuku berkenaan dengan perkara ini tapi hanya dibalas dengan senyuman. Mungkin ada perkara yang elok saja disimpan sebagai kenang-kenangan. Walaupun begitu, selepas mendirikan rumah tanga dengan ibu aku, Allahyarham ayah aku menjadi begitu rapat dengan nenek aku. Sehinggakan, orang pertama yang dimaklumkannya tatkala diberitahu oleh doktor yang dia menghidap kencing manis ialah nenek aku. Ketika itu aku masih lagi kecil utk memahami apa yang berlaku, namun aku masih dapat mengingat dengan jelas kesedihan di wajah ayah aku ketika dia memaklumkan berkenaan dengan penyakitnya keada nenek aku. Dia amat risau dia tidak sempat melihat anak-anaknya membesar. Ketika itu, ibu aku sedang sibuk memasak di dapur dan tidak mengetahui berkenaan penyakit itu sehingga beberapa tahun kemudian.
Aku juga masih boleh mengingat dengan jelas pada malam ayahku meninggal dunia. Aku baru pulang dari perkhemahan pengakap setelah dijemput secara tiba-tiba oleh abang aku. Ketika aku sampai, jam menunjukkan pukul 1.15 pagi. Aku dapat melihat sekujur tubuh terbaring kaku. Di hujung kepala arwah ayahku, di dalam puluhan kelibat tetamu sanak saudara yang lain, kelihatan nenek aku tidak henti2 membaca surah Yaasin untuk dihadiahkan kpd arwah. Dia kekal di tempat yang sama sehingga azan subuh memecah keheningan pagi hari itu.
Kini, sampai sudah gilirannya meninggalkan kami. Sepanjang ingatan aku, nenek aku seorang yg sihat kecuali mempunyai masalah darah tinggi yang ringan. Namun, setelah dimamah usia, kesihatannya sedikit demi sedikit merosot. Sepanjang beliau terlantar sakit, beliau dijaga oleh ibu aku. Hanya beberapa kali sahaja sepanjang dalam tempoh 4 tahun nenek aku dijaga oleh anaknya yang lain. Kerana itulah, nenek aku begitu rapat dengan keluarga aku. Sepanjang beliau terlantar sakit, beliau langsung tidak boleh bangun. Segala urusan mandi dan makan pakainya diuruskan oleh ibu aku tanpa rasa penat. Banyak kali aku mendengar rintihan nenek aku mengenangkan keadaan dirinya. Kadang-kadang, beliau menangisi nasib dirinya yang tidak sempat melakukan amal ibadat sesempurna orang lain. Kerana masalah pendengarannya, suaranya kedengaran cukup kuat dan jelas disaat dia menadah tangan dalam keadaan terbaring. Dia berdoa dalam rangkaian ayat yang hampir sama sahaja setiap kali, iaitu memohon keampunan di atas segala dosa2 yang telah dilakukannya. Dia juga merintih mengenangkan anak-anak nya yang lain tidak mengendahkannya tidak seperti apa yang dilakukan oleh ibu aku.
Kadang kadang, dia menadah tangan di waktu pagi awal dinihari ketika semua orang masih nyenyak tidur. Menurut ibu ku, sudah lebih berpuluh-puluh kali nenek aku menadah tangan memohon taubat dan memasang niat utk beribadat dengan lebih baik andai dikurniakan kembali kesihatan kpdnya. Setiap kali mendengar doa itu, ibu aku tidak dapat menahan rasa sedih dan air matanya pasti akan bercucuran.
Sepanjang ingatan aku, nenek aku bukanlah seorang yang begitu menjaga ibadatnya. Malah, ada dikalangan anaknya sendiri yang mendakwa nenek aku seorang wanita yang berhati keras dan percaya kepada perkara yang ghaib.Apa yang pasti, nenek aku telah di ceraikan oleh datuk aku ketika beberapa hari sebelum dia meninggal dunia kerana sikap nenek aku yang tidak mendirikan solat. Datuk aku adalah seorang pendakwah dan peniaga yang berhijrah dari Pakistan. Mungkin setelah berputus asa menasihati nenek aku, akhirnya datuk aku dengan penuh kesedihan melafazkan cerai kepada nenek aku disaksikan oleh anaknya yang paling sulung. Ketika itu, dia terlantar sakit kerana penyakit asma. Nenek aku menerima perceraian itu dengan hati terbuka dan mengakui perkara itu merubah hidupnya sehinggalah ke hari dia akhirnya jatuh sakit.
Namun, Allah maha mengetahui isi hati setiap hambanya. Sepanjang hidup aku, aku melihat banyak sifat-sifat mulia dalam diri nenek aku. Dia tidak pernah walau sekalipun mengumpat mengeji orang yang menuduhnya perkara yang bukan-bukan. Samentelahan telinganya yang tidak dapat mendengar.Dia seorang yang tidak lokek dalam memberi makan kepada sesiapa sahaja yang bertandang ke rumahnya. Malah, setiap anak cucunya yang datang pasti tahu mereka tidak akan pulang tangan kosong jika berkunjung ke rumah nenek aku kerana secara pastinya, nenek aku akan memberikan duit kepada mereka semua. Berkerja sebagai penjaja yang menjual kain dari rumah ke rumah, nenek aku hanya dapat pulang modal sahaja setiapa kali keluar menjual kerana ramai yang membeli dan tidak membayar kepadanya. Ramai yang mengambil kesempatan di atas kebaikan hati nenek aku yang mudah kesihankan orang, Mereka sering memohon utk menangguhkan pembayaran atau tidak membayar langsung sehinggalah perniagaan kecil2lan nenek aku itu berakhir begitu sahaja.
Aku sampai di rumah tepat pukul 1.30 pagi. Perjalanan dari KL ke Machang mengambil masa hampir 8 jam memang memenatkan. Sebaik menerima panggilan dari adik aku tadi sekitar pukul 2.30 ptg iaitu beberapa minit selepas nenek aku meninggal, fikiran aku menjadi sedikit buntu. Aku bergegas balik ke rumah aku di KL dan mengatur rancangan utk segera pulang ke Machang dengan abang aku. Malah, aku tidak sempat untuk mandi kerana terlalu terkejut dengan apa yang telah berlaku. Semuanya berakhir apabila aku sampai ke rumah. Ibu aku menasihati aku utk berehat sahaja kerana arwah telah selamat dikebumikan selepas solat maghrib tadi. Kerana keletihan, aku terlelap juga walaupun aku tidak sanggup tidur selagi tidak menghadiahkan bacaan Yassin kepadanya.
Menurut kakak aku yang membantu menjaga arwah nenek aku, pada pagi hari Jumaat itu banyak perubahan berlaku kepadanya. Pada pagi itu, dia minum air lebih banyak dari biasa walau pun sebelum ini dia langsung tidak menjamah makanan atau minuman. Dia juga bercakap dengan semua anak cucunya walaupun nampak begitu keletihan. Sempat juga dia mengucapkan rasa terhutang budinya kepada anak-anak yang menjaganya. Dia juga memberitahu dia merasa lebih sihat dan tidak merasai sebarang kesakitan seperti biasa kecuali sedikit batuk2 dan ingin sekali pulang ke rumahnya yang begitu lama telah ditinggalkan. Keadaannya kelihatan lebih baik. Tanpa di sangka2, ketika semua sanak saudara lelaki ke masjid mengerjakan solat Jumaat, dia menghembuskan nafas terakhirnya dgn wajahnya berpaling ke arah kanan. Makcik aku sempat mengisyaratkan dengan menadah tangan seperti berdoa dengan harapan dia dapat mengingati Allah dan di sambut dengan anggukan olehnya sebelum matanya terpejam rapat.
Aku berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga segala amal baiknya diterima oleh Allah SWT. Semoga dengan penderitaan dia selama dia sakit menjadi kifarah yang cukup untuk menghapuskan segala dosanya yang lalu. Semoga dengan hilangnya nikmat pendengarannya sepanjang hidupnya digantikan oleh Allah dengan nikmat yang lebih besar di sisi-Nya. Dan akhirnya, semoga taubat yang dilafazkannya di waktu semua insan-insan lain lena diulit mimpi diterima oleh Allah SWT, Tuhan yang maha pengasih dan maha pengampun. Al-Fatihah. kepada Allahyarham Meriam Bt Abdul Hanan.

No comments:
Post a Comment