Sunday, May 24, 2009

Hari Pertama Kat Hospital

Pada tanggal 15 Apr 2009, seperti yg dirancang, aku telah dgn seberapa selamba yg boleh "checked in" dekat Hospital Pakar Ampang Puteri utk operation tu. Oleh kerana dah bersedia secara mental dan fizikal, aku ingat aku tidak akan menghadapi masalah pada malam pertama. Semuanya telah diatur dgn baik. Segala keperluan telah tersusun elok. Aku hanya menunggu hari esok, sememangnya dgn debaran. Kepala otak aku tidak lekang ligat berpusing, cuba mensimulasi apa yang akan berlaku. Bermula dari detik aku disuruh menukar kpd pakaian pesakit, kepada waktu disorong ke bilik bedah, suasana dlm bilik bedah, wajah2 doktor dlm OT, saat dibius, saat mula sedar dari pembedahan, kesakitan yang biasanya dialami pasca pembedahan, tempoh pemulihan sehingalah kepada hari terakhir aku di hospital. Banyak gambaran yg dimainkan oleh fikiran aku sebenarnya dipengaruhi oleh apa yang pernah aku dengar, lihat, tonton dan baca dari byk sumber. Agak mengejutkan juga kerana kemudiannya aku dapati apa yang aku bayangkan pada malam itu hampir sama sahaja dengan peristiwa sebenarnya, cuma part kesakitan tu jer yg terlebih...

Sebelum tidur, sempat juga aku berkenalan dan bersembang dgn roomate aku pertama (dari 9 Org sepanjang 31 hari tinggal di wad) bernama En Amran yg ditahan di wad kerana masalah diabetis. Alhamdulillah, setelah tiga hari dirawat, dia kemudiannya dibenarkan keluar. Setelah masing2 penat,kami mula beransur hendak tidur. Ketika itu, aku terdengar ketukan lembut di pintu. Kemudian datang seorang jururawat ke arah katil aku sambil tangannya memegang sesuatu. Sambil menarik tempat meletak makanan utk katil aku, dia meletakkan satu plat plastik yg berwarna oren dan tulisannya yg agak besar. Tulisan itu aku baca,

"Patient Administered Nil by Mouth"

Tetiba jer semangat aku rasa lemah giler memikirkan apa yg menanti hari esok.

3 comments:

Anonymous said...

Hope u find someone that u've search all yr lifetime..

nbh

Anonymous said...

Интересно написано....но многое остается непонятнымb

Anonymous said...

I always inspired by you, your thoughts and way of thinking, again, thanks for this nice post.

- Thomas