Hari ni lepas solat asar kat bilik aku, aku terpandang sesuatu yg pelik.Terbaring di tempat letak kaki basikal senaman kat bilik tu, aku ternampak seekor kucing kelabu berbelang2 ni terlentok baik dgn kepala dia memandang kepada aku. Kucing ni nama dia JOHN DOE. Dia dah bersama dgn family aku dah dekat 8 tahun dah. Kami mmg tidak pernah bela kucing ni. Cuma tak la plak halau dia. Sbb dia ni kucing bebas, sumer benda dia kena berdikari. Nak makan ke nak tidur ke, tak ada siapa yg peduli.Tapi, kalau org tak tau, sumer org ingat kucing ni kucing bela. Sbbnya, dia lepak kat rumah ni 24x7.Cuma kekadang dia keluar jenjalan tapi pastu mesti balik tidur kat rumah.Tapi, sbb kucing ni kucing yg tak menyusahkan org, aku tgk mak aku pun tak kisah sgt samada kucing ni patut ada kat rumah ke tidak..Dia tak penah lagi buang air kecik atau besar kat mana2 bahagian rumah kecuali kat tandas. Pastu, satu lagi, aku rasa kucing ni bisu sbb dia tidak penah mengeluarkan sebarang bunyi walau dlm apa keadaan pun…Mmg aku tak penah dgr. Tapi tadi, selepas memberi salam ketika menyudahkan solat, aku terpandang muka kucing niyg tgh memandang kosong kea rah aku. Nampak jelas di kelopak mata John Doe ni air mata bergenangan. Entah dia sedih ker, dia sakit aku tak tau la plak…Hanya dia dan Allah jer la yg tau
Mungkin dia sedih sbb bulan puasa dah nak abis…mungkin jugak dia sedih sbb dia sakit. Tapi sbb kecian kat dia, aku amik bagi dia makan ikan yg lebih dari sahur smlm…
Mungkin dia sedih sbb bulan puasa dah nak abis…mungkin jugak dia sedih sbb dia sakit. Tapi sbb kecian kat dia, aku amik bagi dia makan ikan yg lebih dari sahur smlm…
Dan aku dah pesan kat anak buah aku supaya bg ikan kat kucing ni sekurang2nya sekali sehari sepeninggalan aku lepas raya ni. Mungkin akhirnya, kucing ni akan dibela jugak.Sbb peristiwa tadi aku jadi kecian kat makluk sekor ni.Ye la, kalau nak bagi rating, kucing ni walaupun tak cantik macam kucing siam lain, tapi perangai dia ok.Pastu sbb dia dah dlm kategori tua dan tak cergas mcm kucing2 lain, ada baiknya juga kalau dia dapat makan tanpa perlu bersusah payah lagi. Lagipun, aku tak rasa kucing ni boleh hidup lebih dari 2 tahun lagi. Setahu aku, usia kucing biasanya sekitar 10-12 tahun jer. Tu pun kalau yg cukup zat.
No comments:
Post a Comment